Hari Pertama
Sebelum Berlepas
- Perlu berada 3 jam di KLIA2 sebelum berlepas.
- Beratur kat kaunter untuk serahkan bagasi dan dapatkan pas boarding.
- Pergi ke kaunter Imigration untuk cop paspot dan pemeriksaan keselamatan.
- Tunggu pesawat kat bilik berlepas.
Senyumlah dulu sebelum berangkat tu... |
Apabila sampai
- Perlu ke kaunter imigration sebelum pemeriksaan keselamatan dan kastam.
- Ambil bagasi dan keluar dari bangunan Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda.
Hebatnya bangunan kat Lapangan Terbang |
Taklimat ringkas diberikan oleh PP untuk aktiviti berikut:
- makan tengah hari
- penyerahan sumbangan kepada pelajar pasenteren
- menziarahi makam penduduk yang terkorban ketika dilanda tsunami pada tahun2004
Tahukah anda di mana Aceh?
Aceh terletak di utara Sumatera dikelilingi oleh Lautan Hindi, Teluk Benggala, Laut Andaman dan Selat Melaka.
Banda Aceh ialah ibu negerinya.
Pantai Banda Aceh dilanda tsunami pada.2004 |
Apa yang istimewa tentang Banda Aceh?
Selain daripada terkenal dengan jolokan serambi Mekah, di sinilah peristiwa tsunamai berlaku pada 26 Disember 2004. Banda Aceh ditenggelami tsunami menyebabkan ribuan penduduknya mati lemas. Yang terselamat ialah mereka yang sempat berlindung di Masjid Raya Baitul Rahman.
Kapal nelayang pula tersadai di atas bumbung rumah sementara kapal seberat 20,000 ton pula dihanyutkan dan berlabuh di atas darat 5 km dati laut, dan kubah sebuah masjid hanyut ke sawah padi juga beberap km dari tapak asal.
Sejak itu ramai negara di dunia menghulurkan bantuan termasuk Malaysia.
Mahukah anda melihat sendiri kesan tsunami dan pembangunan di Banda Aceh?
Sebelum terbang ke sana anda perlu ada passport antara bangsa yang berbaki sekurang-kurangnya 6 bulan.
Anda tidak perlu visa tetapi membuat tempahan penerbangan pergi balik dan pakaian yang cukup untuk beberapa hari. Jangan lupa membuat tempahan penginapan.
Anda perlu.rupiah untuk perbelanjaan harian seperti makanan, pengangkutan, dsb.